UTUSAN MALAYSIA
ARKIB : 23/07/2009
Susilo didesak minta maaf
JAKARTA 22 Julai - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono didesak agar memohon maaf kerana mengaitkan insiden pengeboman hotel Jumaat lalu dengan rungutan terhadap pilihan raya Presiden (Pilpres).
Semalam, Masyarakat Pengawal Demokrasi yang merupakan campuran dari pelbagai pertubuhan dan individu yang mahu siasatan dilakukan terhadap penyelewengan dalam pilihan raya, menuduh Susilo menyalahkan orang yang mengadu mengenai Pilpres sebagai pencetus kekacauan politik.
Kumpulan itu menuntut permohonan maaf tersebut semasa menyerahkan penemuan perkara meragukan dalam Pilpres kepada Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) di Jakarta Tengah, semalam.
Dalam ucapannya tidak lama selepas serangan bom Jumaat lalu, Susilo mengaitkan serangan pengganas itu dengan usaha mensabotaj pemilihan semula beliau sebagai Presiden.
"Indonesia cuba dijadikan seperti Iran dan akhirnya Susilo tidak akan dibenarkan untuk mengangkat sumpah," katanya.
Dalam konteks ini, seorang anggota Masyarakat Pengawal Demokrasi, Ray Rangkuti berkata, Presiden menujukan kenyataannya itu kepada mereka yang menyiasat pelanggaran undang-undang pilihan raya dan menegaskan beliau tidak mempunyai bukti kuat serta perlu meminta maaf.
Seorang lagi anggota kumpulan itu, Dani Setiawan berkata, kenyataan Susilo itu adalah satu bentuk keganasan kepada mereka yang berjuang untuk mendedahkan pelanggaran pilihan raya. - AGENSI
n mendakwa, Susilo cuba menggunakan strategi rejim Orde Baru yang pernah digunakan bekas Presiden Suharto apabila menyifatkan hak demokrasi untuk meminta diadakan penyiasatan sebagai 'kekacauan politik'.
Pengerusi Bawaslu, Nur Hidayat Sardini bersetuju usaha kumpulan itu adalah penting untuk menegakkan prinsip keadilan.
"Bawaslu sendiri turut berdepan cabaran semasa siasatan pilihan raya.
"Banyak pihak tidak menghargai usaha kami. Mereka mengatakan pendedahan kes pelanggaran mungkin mengancam kestabilan," katanya lagi.
Masyarakat Pengawal Demokrasi turut menuduh Susilo sebagai cuba mencetuskan kebimbangan dengan menyatakan diri beliau sebagai sasaran beberapa jam selepas insiden dan mengaitkannya dengan pilihan raya. - AGENSI
Kamis, 27 Agustus 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar